PERGHHHHH…!!! MEMANG PANAS…!!! Anda Percaya Atau Tidak…..Deena Amir (Isteri Saharul Ridzwan) Tak Pernah Buat ''Benda'' Ni Yang Hampir Semua Wanita Melayu Malaysia Buat…!! Memang Tak Pernah Buat Walaupun Dah Bergelar Isteri Saharul…??




Isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir mengakui tidak pernah sekalipun menonton lakonan suaminya biarpun drama tersebut popular dan hangat diperkatakan.

Isteri Tidak Pernah Tonton Drama Lakonan Saharul Ridzwan 


Qaabila atau lebih dikenali sebagai Deena Emir, 28, berkata, kerjaya sebagai pengusaha butik membuatkannya tidak mempunyai banyak masa menonton drama televisyen.

"Saya tidak pernah menonton drama Saharul sejak dia bergelar pelakon kerana saya sibuk menguruskan hal-hal bisnes dan tiada masa untuk menonton drama.

"Kadang-kadang cerita popular yang dia berlakon saya tidak tahu, tapi saya sentiasa beri sokongan kepada dia untuk terus berlakon,"ujarnya kepada mStar Online. 



Bagai pinang dibelah dua. Saharul dan Deena memotong kek pada majlis resepsi perkahwinan mereka.


Dalam pada itu, Deena berkata, dia dilamar oleh aktor itu pada Januari lalu menerusi telefon."Kami berkawan sejak tahun 2012 tapi sekadar kawan biasa sehingga bertemu semula awal tahun ini. Saya terkejut dia tiba-tiba telefon saya dan bertanya kesudian saya untuk berkahwin dengannya.

"Saya betul-betul terkejut dan selepas membuat solat sunat istiharah saya terima lamaran tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Saharul berkata, dia melihat Deena seorang wanita istimewa dan tidak memandang kepada harta kekayaan seorang lelaki.

Katanya, dia juga sentiasa berasa tenang ketika melihat wajah wanita itu.

"Kami kenal sebelum saya jadi pelakon dan ketika itu saya hanya bawa kereta Perodua Viva sahaja sedangkan ramai lagi lelaki yang lebih bagus sukakan dia.


Antara rakan artis yang hadir pada majlis resepsi Saharul dan Deena.


"Dia tetap menunggu saya dengan sabar. Selain itu, wajahnya sentiasa membuatkan hati saya tenang," ujarnya. 












Sumber asal: mstar.com.my