Inilah Pangsapuri Kecil Tempat Tinggal Salman Khan.. Dan Lihat Kenapa Ayah Salman Khan berang laporan berita Salman mahu pindah


MUMBAI: Berita kononnya bintang Bollywood, Salman Khan akan membawa keluarga berpindah ke kediaman baharu membuatkan bapa aktor berkenaan marah. 

Mengikut laporan agensi, bapa Salman iaitu Salim Khan, yang juga penulis dan penerbit, menyifatkan berita berkenaan sebagai 'sampah'. 

"Berita apa itu? Ini semua berita bodoh. Wartawan yang menyebarkannya langsung tiada etika kewartawanan dan tidak kenalpun keluarga kami," katanya. 

Tambah Salim, dia tidak akan membenarkan Salman berpindah sekiranya laporan itu benar. 

Baru-baru ini, khabar angin bertebaran Salman akan berpindah ke rumah yang baru dibelinya bersama keluarga dan kekasih, Iulia Vantur. 

Salman dan keluarganya menetap di sebuah pangsapuri di Bandra, Mumbai sejak 40 tahun lalu. Walaupun meraih pendapatan lumayan, Salman selesa menetap di kediaman terbabit kerana lokasi itu sarat dengan kenangan zaman kanak-kanaknya. 

Salman bagaimanapun menghias pangsapuri kecil itu menjadi kediaman mewah. APARTMEN keluarga Salman.









Sumber asal : bharian.com.my