Heliza Helmi ‘Kemaruk’ Nak Jadi Duta Stesen Minyak!!








Beberapa hari lepas, dah tersebar gambar penyanyi dan pelakon kecik molek Heliza Helmi di media sosial.. Dah kenapa dengan Heliza ni? Dah kemaruk sangat nak jadi duta stesen minyak ke, sampai macam tu sekali..

Gambar Heliza mengenakan jubah warna, mengikut warna setiap stesen minyak di Malaysia telah mencuri tumpuan ramai orang.. Tak pernah di buat orang.. Heliza ada kongsikan gambar di akaun Instagram peribadinya, antaranya gambar jadi ‘duta’ di stesen minyak Petronas, Shell dan Petron.. Peminat rasa Heliza ni dah kemaruk sangat nak jadi duta, sebab tu acah-acah pakai baju sama warna dengan stesen minyak..

Serius la, takkan ‘kebetulan’ pula pakai baju yang betul-betul sama warna dengan stesen minyak? Rasanya memang Heliza saja ja pakai baju sama warna dengan warna stesen minyak..

Mencuba nasib la katakan, mana tahu salah satu stesen minyak yang Heliza ambil gambar tu nak ambil Heliza jadi duta stesen minyak.. Jadi duta stesen minyak, mana tahu dapat bayaran juta-juta ke..Hahahah.. – MissA/UtaraNews