Harith Iskander ‘Curi’ Lawak Nabil Ahmad??




Sudah terpilih sebagai salah seorang calon bagi merebut gelaran Funniest Person In The World.. Pelawak Harith Iskander yang akan bertanding di Finland, telah meminta semua rakyat Malaysia untuk mula mengundi dirinya supaya dapat terpilih untuk berada di sana..

Setiap negara akan diwakili hanya seorang peserta, bukan senang nak terpilih untuk sertai program besar macam ni..

Harith kena berentap dengan 89 calon dari seluruh negara untuk merebut gelaran Funniest Person In The World.. Sebagai salah seorang rakan pelawak, Nabil Ahmad turut memberi sokongan kepada Harith..

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nabil, beliau memberikan ucapan tahniah dan berharap agar Harith dapat mengharumkan nama Malaysia.. Nabil turut meminta semua rakyat Malaysia agar memberikan sokongan dengan like dan share video lawak Harith..

Di akhir video itu Nabil sempat selitkan beberapa ‘gurauan’ pada Harith.. Nabil sifatkan Harith banyak ambik ‘lawak’ dari Nabil.. Kebanyakkan lawak Harith idea dari Nabil, sepatutnya Nabil yang terpilih untuk merebut gelaran Funniest Person In The World..

Pandai ke Nabil nak buat lawak dalam bahasa Inggeris? Hahaha.. Kalau Nabil pandai buat lawak dalam bahasa Inggeris, mungkin Nabil pun boleh terpilih untuk merebut gelaran tersebut..

Juara bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM400,000 dan dapat membuat persembahan di Amerika Syarikat.. Siapa yang tak nak bawa pulang duit banyak macam tu.. Betul tak?? Hahaha.. – MissA/UtaraNews