'HADIAH' SULTAN Buat Uqasha Senrose Kerana Membuka Hijabnya Ini Dapat Lebih 10 Ribu Share !




Surat terbuka buat Uqasha ku..

Kehadapan Uqasha Senrose yang saya sayangi..
sejak dua menjak ni,Malaysia sangat kecoh sebab awak..sampai ada yang terlupa nak sambut merdeka sebab bz membincangkan tentang awak..awak hebat!

Uqasha ku sayang,tahukah awak bahawa seorang Da’i telah dikecam sebab surat terbukanya kepada awak..dan kemudian ada seorang ustaz lain pula menegur dai itu…dia pun di kecam juga…

dai dan ustaz pun kena kecam…saya berharap tak ada sape kecam saya sebab tulis surat ini pada awak..saya hanyalah secebis kutu babi sahaja jika nak dibandingkan dengan awak dan mereka mereka itu…
Uqasha ku sayang,saya tak mahu sentuh pasal isu awak buka tudung..sebab saya pun tak bertudung…so saya tak layak nak komen..

Tetapi saya melihat kepada perkara lebih besar..iaitu kehebatan pengaruh awak..dengan hanya menyatakan hasrat awak sudah tidak bertudung,semua orang jadi tak keruan termasuk media!untuk itu,saya dengan rasa rendah diri nak mencadangkan supaya: 






1-awak nyatakan hasrat untuk tidak langgan siaran astro..maka orang orang astro akan rendahkan harga bulanan dan dalam masa yang sama mengupgrade service..nescaya siaran tidak akan terganggu ketika hujan.maka kami rakyat Malaysia akan dapat menikmati perkhidmatan berbaloi dengan nilai yang kami bayar…

2-awak nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan elektrik yang disediakan oleh TNB..nescaya TNB akan kalut!!so TNB tak akan suka suka tukar nombor akaun dam charge extra pada pengguna iaitu orang biasa macam kami ni..

3-saya turut cadangkan supaya awak nyatakan juga hasrat untuk tidak menggunakan satu pun lebuh raya di Malaysia sebab awak tak bersedia untuk bayo tol..so,owner owner lebuh raya confirm tidak

akan menaikkan harga tol!mungkin lebih hebat,mereka akan mansuhkan semua Tol di malaysia!

4-saya juga berharap awak nyatakan hasrat untuk tidak berbelanja walau satu sen pun sebab awak tak bersedia nak bayor GST!..ini paling lejen!mungkin kerajaan akan memansuhkan terus GST dan sekaligus meringankan beban 30 juta rakyat malaysia dan 7 keturunan mereka

5-oh ya.

.saya sebagai pembeli barangan online saya nak minta juga pada awak Uqasha….boleh tak awak juga nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan perkhidmatan pos laju??sebab kerap jadi pada saya dan rakan rakan yang lain dimana pos laju punya orang tak ketuk pun pintu rumah bila hantar barang..tau tau ada slip penghantaran kat pintu suruh colllect kat pos laju..eh apa gila lah…

kan ada no phone kat slip tu..call lah…mana tau orang kat dalam rumah tu tengah berak ke apa…so saya harap bila awak nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan pos laju lagi…nescaya Pos Laju akan menggelabah dan sekaligus meningkat kan mutu perkhidmatan..

6-last but not least…boleh kah juga awak nyatakan awak tak nak stay lagi kat Malaysia sebab tak bersedia nak hadap masalah masalah politik yang menyusahkan rakyat Malaysia sekarang?so dengan ini,semua pemimpin parti Politik akan tersentak dan sedar kemudian atas kesedaran itu mereka bekerjasama untuk kepentingan rakyat Jelata!

Uqasha,saya percaya dengan kesan hebat pengaruh awak! So saya berharap agar awak boleh menggunakan pengaruh awak itu untuk kebaikan semua masyarakat Malaysia..
Maka jika awak berjaya buat semua ni untuk rakyat Malaysia,isu tudung awak tu mereka akan buat buat lupa..siyes…..kalau tak percaya cubalah..



Sumber asal: ceritahangit.blogspot.com