Gambar 10 tahun lalu Alif Satar Dan Faizal Tahir!




Tidak dinafikan sejak menyertai team Akademi Fantasia 2016 dan berlakon bersama Siti Nordiana dalam sebuah drama bersiri yang melonjak naik beberapa bulan lalu, nama Alif Satar semakin mendapat tempat di hati peminat. Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya Alif Satar berkongsi gambar yang diambil pada 10 tahun lalu di mana kebetulan pada waktu itu dia bertanding bersama Faizal Tahir dalam sebuah rancangan realiti TV nyanyian yang mempertaruhkan RM1 juta sebagai ganjaran. Lihatlah penampilan mereka dulu pada awal remaja yang sangat berbeza dengan siapa yang kita kenal mereka sekarang. Tak ketinggalan dalam gambar adalah Awal Ashaari yang berperanan sebagai hos program tersebut.  





Sumber: Instagram Alif Satar