MENGEJUTKAN!!!!… Korang Kenal Lagi Tak Pelakon Enot (Ibu Tunggal Anak Dua) Yang Terkenal Ketika Dahulu? Kisah Terkini Beliau Amat Mengejutkan!..SEDIHNYA! Patut Lah Dah Tak Ada Kat TV sekarang.. Kalau tak dapat bantu viralkan baru je lepas raya bulan lepas nikesiannya




SEJAK KEBELAKANGAN INI, SUDAH JARANG KITA LIHAT PELAKON DAN PELAWAK ENOT MUNCUL DALAM KACA TELEVISYEN MAHUPUN MANA-MANA MAJLIS HIBURAN.

Mengulas hal itu, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon hinggakan dia terpaksa menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Tindakan itu dilakukan Enot selaku ibu tunggal yang perlu mencari rezeki demi menyara dua cahaya matanya Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.

Menurutnya, tawaran berlakonnya semakin berkurang sejak 2013.

''Kali terakhir saya berlakon adalah untuk sebuah drama mengenai pembantu rumah, sebelum Ramadan lalu. Selepas itu, tiada lagi tawaran diterima.

''Jadi, saya kena teruskan hidup, membesarkan dua anak dengan mencari apa-apa rezeki termampu. Kalau tidak diusahakan sendiri, siapa lagi yang hendak tolong, bukan? Saya sendiri kena kuat.

''Jadi, memang sekarang saya berniaga serba-sedikit dan semuanya akan dipromosikan di Instagram'', katanya yang menggunakan kemahiran memasaknya untuk mencari rezeki.

Antara yang diniaga Enot khususnya musim perayaan adalah rendang dan ketupas palas.

Dalam pada itu, Enot akui masih sayangkan dunia lakonan dan sudah lama tidak ditemubual media.

''Saya juga sudah lama tidak ditemubual oleh media. Tidak mengapalah, saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing, jadi saya kena berusaha selagi boleh demi diri sendiri dan anak'', katanya.

Enot sudah empat tahun bergelar janda setelah berpisah dengan suaminya. MYNEWSHUB.CC












Sumber: mynewshub 


Sumber asal: figuramalaya.net