Elly Mazlein Betul-betul Bertudung??






Memang dah ramai artis wanita yang ambil keputusan untuk berhijab.. Memang benda bagus artis wanita yang dulu seksi tapi sekarang dah bertudung.. Tapi Miss A harap jangan la dorang bertudung jenis ‘hangat-hangat taik ayam’, kalau bertudung macam tu.. Alamatnya jadi la macam Uqasha Senrose tu..

Tiga tahun ambil keputusan nak bertudung, tengok-tengok umum nak buka tudung balik.. Alasan sebab iman turun naik bila tengok adik-beradik tak bertudung..

Artis macam Uqasha ni selalunya bertudung sebab nak ikut trend, bukan betul-betul nak bertudung pun.. Tapi, Miss A dengar ada khabar angin yang mengatakan Elly Mazlein pun dah berhijab.. Betul ke?

Elly ada muat naik gambar dirinya dah bertudung, ramai peminat yang puji Elly nampak lebih cantik kalau pakai tudung, memang cantik bila tutup aurat..

Kadang-kadang artis ni bertudung sebab nak berlakon drama yang perlu pegang watak sebagai wanita bertudung.. Tapi, Elly ni tak tahu pula betul-betul dah bertudung atau hanya bertudung untuk watak dalam drama..

Kalau betul bertudung bagus la, harap penghijrahan Elly untuk bertudung bukan kerana mengikut trend.. – MissA/UtaraNews