Duit Hanya Ada RM8K Masa Nak Nikah Mizz Nina!! Kisah Noh Viral




TIDAK keterlaluan kami katakan, pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nana selayaknya dinobat relationship goals.

Dari zaman percintaan mereka hinggalah sudah berkahwin, dan paling mengejutkan adalah penghijrahan mereka ke jalan Allah khususnya Mizz Nina.

Iyelah. Mana mungkin, satu Malaysia lupa gaya lincahnya persis bintang Hollywood di atas pentas dan penampilannya yang agak seksi.



Tapi itu Mizz Nina dulu. Dia kini bukan sahaja manis bertudung litup tetapi juga sanggup meninggalkan dunia nyanyiannya untuk berubah menjadi seorang muslimah sejati. Benarlah ungkapan bahawa hidayah itu rahsia milik Allah SWT.

Antara individu yang sering menyokong Mizz Nina siapa lagi kalau bukan suaminya, Noh Hujan.

Baru-baru ini, seorang netizen ada berkongsi ucapan Noh dalam satu slot motivasi.

Dek kerana kemanisan ayat Noh terhadap Mizz Nina, ramai netizen berasa tersentuh hingga menjadi viral di laman sosial.

.

Ini kisahnya;

Saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian.. rezeki ikut musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam berpuasa .. pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..kemudian niat dalam hati.

Ya Allah aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-buat haram, mudahkanlah urusan aku..kemudian Allah bukak pintu rezeki.. masih merangkak.

Kemudian saya berjumpak mizz nina,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat..dalam poket hanya ada 8ribu genap. Saya ulang, 8ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..saya katakan pada Nina, girl,if u want to marry me, Im a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take cara of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah Im able to do it .

Dan Nina terima.. sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dengan saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up, baju nya semua besar-besar , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..

Semuanya, LILLAHITAALAA.. so ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise islam, do not let him go,marry him.

-Noh Hujan

-MYNEWSHUB.CC 







Sumber asal: figuramalaya.net