Cat Farish sahkan sudah bercerai


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 42, mengesahkan sudah bercerai dengan Hartiny Ramli, 33, selepas sembilan tahun berkahwin. 

Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan berkata, keputusan itu dibuat atas perbincangan bersama dan mereka berpisah secara baik. 

"Benar kami sudah bercerai...tetapi dengan cara yang baik," katanya ringkas menerusi mesej aplikasi WhatsApp. 

Semalam, BiPop melalui ruangan pojok Desas-Desus mendedahkan Cat sudah bercerai dengan Hartiny, April lalu. 

Hasil perkahwinan itu, Cat dan Hartiny dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6 dan Qul Iskandar, 5. 

Menurut laporan itu, rumah tangga pasangan terbabit sudah lima tahun bergolak sehingga dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman. 

Sementara itu, semakan pada akaun Instagram Cat mendapati dia sering beriadah bersama anak-anak. Mereka tampak cukup akrab dan gembira dalam gambar yang dikongsi. SEMALAM, BiPop melalui ruangan pojok Desas-Desus mendedahkan Cat sudah bercerai dengan Hartiny, April lalu. 










Sumber asal : bharian.com.my