Amar Baharin Nak Kahwin Dengan Amyra Rosli Tapi Izreen Azminda Yang Meroyan.. Dah Kenapa??






Tinggal lagi beberapa hari lagi Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal mendirikan rumahtangga.. Tetapi kenapa Izreen Azminda pulak yang nak sedih dan geram?? Pelik betoi Miss A..

Jangan sampai Amyra sekali lagi tak jadi kahwin pula sudah la dengan Amar.. Sebelum ni, Amyra pernah batalkan majlis perkahwinan dengan bekas tunang.. Takkan disebabkan kenyataan Izreen ni, Amyra akan batalkan majlis kahwin dia sekali lagi kot??

Izreen kan dulu pernah dikaitkan bercinta bersama Amar.. Tapi hubungan cinta yang terjalin antara mereka tak berpanjangan.. Amar dah nak kahwin dengan Amyra tak lama lagi, tapi Izreen pulak yang nak sedih-sedih.. Siap muat naik status ‘syahdu’ kat laman sosial lagi.. Dah kenapa dengan si Izreen ni??

Izreen ni masih ada perasaan kat Amar lagi ke?? Kalau tak ada, kenapa dia nak marah-marah dan sedih bila Amar nak kahwin?? Hurmm, pelik aihh.. Izreen juga dikatakan tak nak bagi ucapan dan doa kepada Amar yang bakal tamatkan zaman bujangnya tak lama lagi..

‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’ tak payah keruhkan lagi keadaan.. Kesian kat Amyra, nanti tak pasal-pasal tak jadi kahwin pulak dengan Amar disebabkan Izreen.. – MissA/UtaraNews