Aksi Mas Idayu Berpeluk Dengan Seorang Pelajar Lelaki AF2016 Jadi Kontroversi


Berikut komen seorang penonton yang tidak berpuas hati dengan adegan penyanyi dangdut Mas Idayu berpeluk dengan salah seorang pelajar lelakinya di AF2016. Jom baca.. 






Berikut pula komen seorang wartawan yang juga tidak berpuas hati dengan adegan tersebut..


Miss A nak tanya, korang semua masih lagi tengok program Akademi Fantasia ke?? Kalau korang tengok, mesti korang tahu kan yang Mas Idayu dah jadi salah seorang tenaga pengajar untuk program tersebut.. Beberapa tahun lalu penyanyi dangdut Mas Idayu jadi juri untuk program ‘Mentor’.. Terkini, Mas Idayu dah pun jadi guru vocal untuk program AF2016 pula..

Tak kisah la nak jadi guru vocal pun, tapi boleh pulak Mas Idayu ambik kesempatan buat ‘maksiat’ dengan pelajar-pelajar AF kan? Seronok jadi guru vokal ni, dapat buat ‘maksiat’ secara percuma tanpa dihalang oleh sesiapa.. Hahaha..

Ada slot ‘drama’ lakonan pelajar AF dengan Mas Idayu yang dipanggil sebagai ‘mami’, ditayangkan di program ‘Diari AF’.. Adegan di mana ‘mami’ dah merajuk dengan pelajar-pelajar AF sebab tak dengar kata..

Pastu nak pujuk semula mami yang dah merajuk tu, seorang pelajar lelaki pergi ketuk pintu bilik ‘mami’ malam-malam buta sambil bawa bunga.. Mami pun acah-acah buka pintu dengan pakai baju tidur, buat-buat terkejut pelajar lelaki pujuk dengan membawa bunga..

Pelajar lelaki tu masuk bilik mami dalam keadaan gelap dan pujuk mami, sebabkan ‘touching’ mami dan pelajar lelaki tu berpeluk sakan ala-ala pelukan sebagai ibu dan anak..

Pengacara program tu pula boleh cakap, adegan mami dengan pelajar tu sebagai ‘so sweet’.. Adegan maksiat macam tu cakap sweet? Apa ke bangang sangat pengacara tu?

Dah tak ada pelajar perempuan ke yang boleh pujuk mami tu, nak kena pelajar lelaki juga pergi pujuk mami? Awat tak suruh ‘beromen’ terus dalam bilik tu? ‘Beromen’ sebab pelajar lelaki AF tu nak pujuk mami? Hahaha..

Jangan tanya Miss A siapa nama pelajar lelaki yang dok seronok berpeluk dengan mami tu.. Aku tak hadap tengok program realiti TV tu okay! Hahaha.. – MissA/UtaraNews