Akhirnya Identiti Suspek Larikan Nur Darleen Dikenal Pasti!! Apa Yang MENGEJUTKAN..



Polis sudah mengenalpasti seorang daripada dua suspek yang melarikan pelajar tingkatan tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, di Bandar Tun Hussein Onn, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berkenaan berusia 25 tahun, seorang penggangur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain menetap berhampiran rumah mangsa.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kami juga masih mengesan kedua-dua suspek yang melarikan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan.

Othman berkata, pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk wujud rekaan penculikan dalam kes berkenaan.






Sumber: informasidbt

Sumber asal: apeciter.com