Aida Khalida terkejut Uqasha Senrose buka tudung



Keputusan Uqasha Senrose menanggalkan tudung mengejutkan pelakon lamaAida Khalida kerana mereka baru selesai menjalani penggambaran bersama.

Aida nama popular Khalidah Adibah Ahmad berkata, Uqasha dilihat selesa bertudung di lokasi penggambaran maka tidak terjangka pelakon muda itu sanggup meninggalkan hijabnya. 


Drama akhir berhijab, pelakon lama Aida Khalida terkejut Uqasha Senrose buka tudung. 

“Saya baru jalani penggambaran dengan dia. Saya rasa dia terakhir pakai tudung dengan saya dalam drama Khabar dari Casablanca.

“Saya terkejut lepas itu dia buka tudung. Sebab masa penggambaran dia memang pakai tudung. Tidak dibuka,” katanya kepada ProjekMMO.

Pelakon kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini ditemui sewaktu majlis mempromosikan filem Hijabsta Balet yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Membawakan watak Maimun, Aida merupakan nenek kepada teraju utama filem berkenaan yang membawa pengaruh hijab kepada penari balet.

Filem arahan Syed Zul Tojo ini turut menampilkan Betty Banafe, Aman Graseka dan barisan pelakon muda.

Mengulas lanjut tentang penampilan baharu Uqasha, Aida berkata pelakon dramaTundukkan Playboy Itu mungkin belum memahami Islam sepenuhnya.

Katanya, apa yang boleh dilakukan ialah mendoakan Uqasha agar kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.

“Dia masih muda mungkin dia tak faham lagi. Saya faham dia. Mungkin kita boleh doakan saja.

“Usia masih muda dan juga mungkin persekitarannya. Sebab itu kita perlu ada ilmu.

“Kalau tak ada ilmu macam itulah. Duduk depan TV tengoklah rancangan agama dan ke kelas agama baru datang kefahaman,” katanya.

Uqasha, 25, awal minggu ini mengakui terkongkong setiap kali tampil dengan imej menutup kepala selama tiga tahun sebelum ini.

Katanya, faktor rakan sekeliling mempengaruhinya untuk tidak berhijab selain enggan menipu diri sendiri.

Aida, 64, berkata keputusan Uqasha menanggalkan tudung membuatkan rakan artis yang sudah berhijab terfikir peranan yang dapat mereka mainkan.

Katanya, Uqasha pernah dijemput menyertai Usrah Fitrah, kelas agama di kalangan selebriti namun kesibukannya menghalang niat murni itu.

“Kami ajak juga tapi dia sibuk. Penuh jadual dia. Tak ada masa.

“Ustaz beritahu kalau kita belajar ilmu, kita jangan amal sendiri, kena ajak orang lain sebab nanti kita pula akan dipersoalkan.

“Sebab itu bila pakai hijab tak boleh berhenti belajar, bila berhenti belajar agama, tudung itu akan melayang,” katanya.

Pelakon yang sudah berhijab sejak lapan tahun lalu ini berkata, penampilannya bertudung semakin dimurahkan rezeki oleh Allah.

Katanya, walaupun menerima ujian pada awalnya namun keteguhan menjaga syariat Allah menjadi benteng diri sendiri.

“Kadang-kadang ada ujian juga tetapi saya dekatkan diri dengan Tuhan dan fikir rezeki datang dari-Nya.

“Bila saya tolak, Allah gantikan saya dengan tawaran lebih lagi. Episod yang sedikit tetapi Allah gantikan saya dengan lebih episod drama.

“Bila kita jaga syariat Allah, saya tak berhenti-henti dapat tawaran berlakon. Saya menangis sujud syukur. Saya kata rupanya Allah nak uji saya,” katanya.






Sumber: Projek MMO

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com