(13 GAMBAR) ROMANTIS IRWANSYAH & ISTERI INI BUAT ANDA CEMBURU!




Penyanyi yang popular dengan lagu Pencinta Wanita, sejak akhir-akhir ini nampaknya rajin berkongsi gambar kemesraannya bersama isteri tercinta, Zaskia Sungkar yang juga merupakan seorang selebriti.

Dengan mempunyai pengikut sebanyak 3.2 juta orang di laman Instagram, rata-rata mereka memberikan reaksi yang positif, malah ada juga yang sempat mengusik menanyakan soalan bila lagi pasangan romantis ini nak menimang cahaya mata?

Pasangan bak merpati dua sejoli ini telah disatukan pada tahun 2011 lalu di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta.

MH Online ucapkan semoga pasangan Irwansyah dan Zaskia jangan pernah putus berharap dan berdoa untuk mendapatkan zuriat. Amin.

#sumber Instagram Irwansyah  

















Sumber asal: mediahiburan.my