10 Gambar Suasana Tenang Pengebumian Allahyarham Datuk Dr Haron Din




SHAH ALAM : Jenazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara kira-kira jam 6 petang waktu California (9 pagi waktu Malaysia).

Perkara itu dimaklumkan anak lelaki Allahyarham, Najimi melalui kemaskini di akaun Facebook rasmi Allahyarham.

“Berakhirlah perjalanan di dunia yang fana. Rehatlah Baba di taman-taman Syurga ALLAH. Insya-ALLAH kita akan bertemu Baba…Insya-ALLAH,” tulisnya sambil berkongsi beberapa keping gambar lokasi tanah perkuburan tersebut.




















Sebelum itu, jasad Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Masjid An Noor Santa Clara pada jam 11.40 pagi (2.40 pagi waktu Malaysia).

Solat jenazah pula dilakukan selepas solat jumaat kira-kira jam 2.21 petang (5.21 pagi waktu Malaysia) di Masjid Muslim Community Association yang diimamkan sendiri anak lelakinya, Hamidi Haron.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham disemadikan di bumi Carlifornia bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.

Sementara solat jenazah ghaib dilaksanakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pagi ini.-SINAR Credit FOTODR HUDA HARON






Sumber: ceritagempakkomuniti

Sumber asal: figuramalaya.net