Suasana Sayu di Kawasan Perkuburan PELAJAR TINGKATAN 3 JATUH BANGUNAN DI SEKOLAH



Jenazah pelajar Tingkatan Tiga, Azim Hakimi Abu Shuja yang terjatuh dari tingkat tiga di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Terdahulu, jenazah Azim Hakimi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat sebelum dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan.













Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa difahamkan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan tersebut.




Sumber: superkiram.blogspot.com