Sila Kemas Kini Nombor Akaun TNB Anda Sebelum Melakukan Pembayaran Bil Atas Talian




Perbankan atas talian ialah perkhidmatan yang amat popular dan memudahkan proses pembayaran bil. Kami memberikan arahan automatik kepada bank untuk membayar bil pada tarikh tertentu setiap bulan. Tiada lagi keperluan pergi ke kedai fizikal dan membazir masa beratur untuk melakukan pembayaran. Bulan ini kami akan terkejut apabila menyedari nombor akaun Tenaga Nasional Berhad kami berubah dari bulan sebelumnya. Nombor akaun ini berkurangan kepada 12 angka berbanding 14 sebelum ini. Pihak TNB tidak pernah pula setahu kami mengumumkan pengguna tentang pertukaran kepada nombor baru.

Setelah melakukan panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan, kami dinasihatkan supaya mengubah menggunakan nombor akaun baru. Ini boleh dilihat pada bahagian atas bil elekrtik yang diterima setiap bulan. Pembayaran ke nombor akaun lama masih diterima dan sah cuma akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Pertukaran kami hanya sedari untuk bulan Ogos tetapi sebenarnya telah dilakukan sejak bulan Julai.

Mengapa nombor pelanggan berubah tanpa notis tidak pula kami ketahui. Kami menulis artikel ini sebagai peringatan kepada pembaca berita-harian supaya segera mengemaskini nombor akaun bil elektrik mereka. Adakah anda pernah menerima sebarang notifikasi dari pihak TNB tentang perubahan nombor akaun ini? Sekiranya ya, menerusi saluran manakah anda diberitahu tentang penukarannya?

*Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?*

JAWAPAN: TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil dalam jangka masa yang terdekat.

2.
*Apakah impak kepada saya sekiranya saya lambat menerima bil?*
JAWAPAN: Pengguna tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana TNB menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pengebilan.
Sebagai contoh: Tempoh pengebilan bersamaan 35 hari
Andaikan penggunaan adalah 203kWh
Faktor prorata 35/30 hari = 1.16667

Oleh yang demikian, prorata blok pertama persamaan x 1.16667 = 233kWh
Berdasarkan pengiraaan di atas, walau pun pengguna tersebut menggunakan 203kWh, beliau masih menikmati kadar tarif pada blok pertama.

3.
*Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?*
JAWAPAN: Caj penalti lewat bayar tidak akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya kegagalan pembayaran disebabkan oleh pengguna tidak menerima bil elektrik.

4.
*Kenapa nombor akaun saya bertukar?*
JAWAPAN: TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.Walau bagaimanapun, nombor akaun lama anda masih boleh digunapakai sehingga diberitahu kelak.

5.
*Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?*
JAWAPAN: Tidak perlu.

6.
*Bolehkah saya terus menggunapakai nombor akaun lama saya?*
JAWAPAN: Boleh. Pengguna masih boleh menggunakan nombor akaun lama untuk semua transaksi dan pembayaran bil sehingga dimaklumkan kelak.

7.
*Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?*
JAWAPAN: Pengguna perlu mendaftar semula favourite bill payment dengan menggunakan nombor akaun baru KECUALI untuk maybank2u dan Bank Islam.

8.
*Saya telah membuat pembayaran tetapi tunggakan masih tertera dalam bil yang diterima.*
JAWAPAN: Pembayaran yang dibuat dari 8-19 Julai 2016 tidak tertera di dalam bil kerana bayaran hanya akan dikemaskini selepas 20 Julai 2016. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 21 Julai 2016, pengguna boleh menghantar emel kepada tnbcareline@tnb.com.my.

Byline: Seperti semua sedia maklum, sistem pengebilan TNB sedang dalam proses dinaiktaraf berikutan pelaksanaan Billing Customer Relationship Management (BCRM). Bahagian Pembahagian TNB ada mengeluarkan soalan-soalan lazim untuk dikongsi bersama warga kerja.



Sumber: berita-harian

Sumber asal:
apeciter.com