Pelajar UiTM Nurul Nabilah dinobat keenam terbaik dunia bagi kertas P2 ACCA



SISWI Fakulti Perakaunan, Universiti Tekonologi MARA (UiTM) Shah Alam, Nurul Nabilah Abdul Jalil mengharumkan nama negara apabila meraih penghormatan antara enam pelajar terbaik dunia bagi Kertas P2 Laporan Korporat, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada Jun lalu.

Pelajar UiTM Nurul Nabilah dinobat keenam terbaik dunia bagi kertas P2 ACCA

Tambah membanggakan lagi, dia berjaya ‘mengalahkan’ pesaing-pesaingnya dengan menduduki tempat pertama dengan catatan markah yang paling tinggi untuk kertas tersebut. 




Memetik kata-kata Nabilah kepada akhbar Berita Harian, faktor utama kejayaan yang dikecapinya itu adalah atas usaha, dorongan dan restu daripada keluarga serta para tenaga pengajar ACCA.

Tambah gadis berusia 21 tahun ini lagi, memiliki ahli keluarga yang mempunyai latar belakang dalam bidang yang sama turut mengukuhkan lagi semangatnya untuk berjaya.

“Syukur dengan kejayaan ini dan semua usaha yang dilakukan sebelum ini rasa terbalas selepas mendapat keputusan cemerlang Kertas P2”, katanya.

Selain faktor dinyatakan itu, sikap suka bertanya dan tidak mudah putus asa dalam setiap perkara yang diusahakan turut menjadi pemangkin kejayaannya.

“Saya sentiasa bersemangat dan tidak pernah mengalah serta fokus dalam apa yang diusahakan adalah faktor utama keputusan cemerlang ini,” jelasnya.

Difahamkan, Nabilah kini sedang melanjutkan dua kursus ACCA terakhir iaitu P4, Pengurusan Kewangan Lanjutan dan P6, Percukaian Lanjutan dan dijangka menamatkan pengajian Disember ini.




Sumber: MYNEWSHUB.CC

Sumber asal:
thetrendingnow.blogspot.com