Lagu tema Descendants of the Sun iringi pengebumian mangsa cangkuk kren terjatuh sebelah Pavilion Khamis lalu



Lagu Korea dimainkan dengan kuat di pangsapuri Nordin Street Ghaut ketika upacara pengebumian wanita yang maut dihempap penyangkut sebuah kren di Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Mangsa, Joice Chin Khoon Sing, 24 merupakan seorang bekas peminat K-pop sebelum dia meninggal.

Antara lagu-lagu yang dimainkan sebelum upacara pengebumian itu adalah You Are My Everything oleh Gummy (runut bunyi filem Korea – Descendants of the Sun). 




Lagu tema Descendants of the Sun iringi pengebumian mangsa cangkuk kren terjatuh sebelah Pavilion Khamis lalu

Selepas upacara berkenaan, abang mangsa Khoon Ying, 26, berkata keluarganya akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak berhubung kematian adik perempuannya itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam Khamis lalu, besi penyangkut dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan selepas dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan itu.



Sumber: Mstar

Sumber: thetrendingnow.blogspot.com