Jerebu.. Menteri Pendidikan Nafi Arah Tutup Sekolah Esok



MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai penutupan sekolah di beberapa buah negeri pada esok hari.

Dalam lampiran kenyataan media yang disertakan menerusi laman Facebook miliknya, beliau memaklumkan kenyataan itu adalah palsu sama sekali.




Kenyataan media itu bertulis semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup berikutan masalah jerebu.

Sementara itu, jerebu kini kembali melanda Malaysia dengan daerah Tanjung Malim, Perak mencatatkan bacaan IPU yang paling tidak sihat sebanyak 121 setakat artikel ini ditulis. MYNEWSHUB.CC



Sumber: mynewshub

Sumber: figuramalaya.net