Emma Tidak Salah Dia Gadis Yang Baik, Jangan Bebankan Dia Dengan Pelbagai Soalan – Kamal Adli



Status hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong nampaknya akan terus menjadi teka teki apabila Kamal dalam kenyataan terbaru beliau meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa untuk hubungan mereka bergerak dengan sendiri.

Jelas Kamal beliau berdiam diri bukan kerana ingin menyembunyikan sesuatu tetapi ada perkara yang lebih baik untuk tidak dikongsikan kepada umum.

Walaubagaimanapun, beliau berharap tiada pihak yang memanaskan lagi keadaan dengan menyebarkan berita tidak benar mengenai hubungan beliau dan Emma.

Saya berdiam diri, bukan bermakna saya sembunyikan apa-apa. Ada perkara yang tidak boleh dikongsi.

Saya menghargai hubungan ini. Sebab itu saya kata beri masa buat kami. Ada perkara yang mahu saya perbetulkan. Dalam masa yang sama saya tidak mahu orang di luar sana terus mengambil peluang menokok tambah kisah ini. Sebab itu saya sangat berhati-hati beri kenyataan, saya tidak mahu keruhkan keadaan.




Kamal pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang mendesak Emma dengan pelbagai soalan kerana Emma merupakan seorang gadis yang baik serta tidak bersalah.

Apa-apa yang berlaku, semuanya salah saya. Saya tidak mahu ada orang lain cuba kaitan perkara ini dengan orang luar atau Emma sendiri. Emma tak salah. Dia adalah seorang gadis yang baik, dan saya sangat selesa dengan dia sepanjang kami berhubungan.



Berbicara mengenai gosip orang ketiga didalam percintaan mereka, Kamal sekali lagi menegaskan agar tiada lagi yang mengaitkan nama Fathia dalam isu ini. Fathia bukanlah punca keretakan hubungannya dengan Emma.

Saya tidak tahu kenapa perkara ini timbul, tetapi saya minta jangan tuding kesalahan kepada orang lain selain saya seorang sahaja. Saya tidak akan sorokkan apa-apa jika semuanya sudah jelas, cuma buat masa ini belum masanya saya kongsi. Jadi jangan buat spekulasi sendiri .




Seperti kata Kamal biarlah takdir yang menentukan pengakhiran hubungan mereka bagaimana nanti. Kadang-kadang cinta tidak semestinya memiliki. Ada cinta yang pergi tetapi tetap akan kembali kerana ada jodoh. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma.


Sumber Berita : Utusan Online
       
Sumber asal:

feedproxy.google.com