Curi wang asing bernilai ribuan ringgit dan tayang ke Facebook, pembantu rumah Zizie Ezette ditahan polis



Pembantu rumah pelakon popular, isteri Datuk Bung Moktar Radin, ditahan polis selepas mencuri wang miliknya berjumlah ribuan ringgit.

Jenayah pembantu rumah Zizie Ezette terbongkar apabila warga Indonesia itu memuatkan gambar mata wang asing di laman Facebook, lapor Kosmo! hari ini.

Curi wang asing bernilai ribuan ringgit dan tayang ke Facebook, pembantu rumah Zizie Ezette ditahan polis

Isteri wakil rakyat Umno itu mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pembantu peribadinya yang ternampak gambar berkenaan di media sosial milik wanita itu pada 9 Ogos lalu.

Dalam siasatan, polis menjumpai pelbagai mata wang asing dalam nilai dolar, riyal, peso serta rupiah berjumlah RM5,155.

Sebahagian wang itu dipercayai telah ditukar.

“Suspek mengaku mencuri wang milik majikannya dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berikutan penemuan resit pertukaran wang asing yang dipercayai transaksi suspek mengirimkan wang kepada keluarganya,” kata ketua polis Ampang Jaya ACP Hamzah Alias.

Polis menahan wanita itu di rumah pelakon berkenaan di Taman Seri Ukay dekat sini malam kelmarin. Siasatan dibuat bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.



Sumber: Malay Mail

Sumber asal:
thetrendingnow.blogspot.com