Awas! 'Night Terrors', Pokemon GO versi seram bakal buat anda kecut perut



Sumber foto laman rasmi Novum Analytics 


PERMAINAN realiti saduran (augmented reality), Night Terrors kini sedang dibangunkan dan ia bakal menguji keberanian pemain berdepan dengan 'hantu.'

Permainan ini menggunakan teknologi yang sama seperti Pokemon GO, namun bukan Pikachu yang menunggu anda untuk menangkapnya dengan Pokeball, tetapi 'hantu' yang menanti di sebalik pintu rumah anda (hanya di paparan skrin telefon pintar.)

Menurut laman rasmi pembangun, Novum Analytics, Night Terrors merupakan satu permainan yang dilengkapi dengan ciri-ciri foto realistik, binaural yang membolehkan pemain menjadi sebahagian daripada jalan cerita permainan.

Pemain perlu bermain pada waktu malam dengan lampu ditutup selain memakai fon kepala.

Untuk meningkatkan lagi rasa seram ketika bermain Night Terrors, permainan ini juga akan menghantar pesanan teks yang menakutkan di telefon pintar pengguna.

Ketika menghubungi Novum Analytics baru-baru ini, Astro AWANI difahamkan permainan ini juga akan dilancarkan pada 31 Oktober depan di seluruh dunia. 


Klik di SINI untuk tonton video trailer game.



Sumber asal: