Awan bergulung di Langkap Perak buat orang ramai tergamam hingga ada yang berkata Tsunami mahu datang!



Seluruh penduduk sekitar Langkap terkejut dan teruja apabila melihat fenomenaawan bergulung dan berbentuk seperti ombak awal pagi tadi.

Kejadian yang dikatakan berlaku di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi itu menarik perhatian penduduk untuk keluar dari rumah dan premis perniagaan untuk menyaksikannya sendiri kejadian itu.
Tergamam lihat awan bergulung

Tergamam lihat awan bergulung

Bagi Rasimah Mohd Syed, 50, dia tidak pernah melihat kejadian seumpama itu seumur hidupnya terutama sekali di Langkap.

“Ketika kejadian saya baru sahaja sampai di Pasar Awam Langkap untuk membeli ikan dan sayur, kemudian saya melihat orang ramai menunjuk ke arah langit.

“Apabila keluar sahaja dari kereta. Saya lihat awan di langit berbentuk seperti ombak dan ada juga bergulung dan terus tergamam kerana melihat sendiri kebesaran ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Menurut Rasimah tidak lama selepas itu, langit terus berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Langkap.

Seorang lagi saksi kejadian Lee So Psu, 63, atau lebih dikenali dengan panggilan Ucong, dari Kampung Baru Langkap berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya sedang menunggang motosikal untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sagor sebelum melihat seorang wanita Cina mengambil gambar awan.

“Kemudian semua orang turut melakukan perkara sama dan saya terus memberhentikan motor untuk ambil gambar juga,” katanya.

Tambahnya sepanjang 63 tahun umurnya, dia tidak pernah melihat kejadian tersebut seumpama itu berlaku di Langkap.

“Ada orang bergurau cakap tsunami mahu datang, kemudian ada yang menjawab tidak baik cakap macam itu nanti tidak sempat lari,” katanya.



Sumber: Sinar Harian 

Sumber asal: